AJK HARMONY VERSI 8 — PANDUAN RINGKAS

1. BUAT BACKUP database dan website Versi 7.
2. Import upgrade_v8.sql SEKALI SAHAJA dalam phpMyAdmin. Fail ini mencipta ajk_programs dan mengambil senarai program lama secara automatik. Jangan import schema.sql pada database lama.
3. Upload fail PHP/CSS Versi 8. KEKALKAN config.php hosting asal.
4. Pentadbir: masuk Panel Pentadbir > DAFTAR & URUS STAF. Tambah, pinda, padam staf tanpa lantikan, atau reset PIN. Nama, jabatan, jawatan tetap dan unit direkod sekali. PIN sementara staf baharu: kptm123 (hash), wajib ditukar melalui TUKAR PIN.
5. Pentadbir: Panel Pentadbir > URUS PROGRAM. Daftar nama program, tarikh dan bilangan hari. Pinda program akan menyelaraskan rekod lantikan berkaitan. Padam program hanya jika belum ada lantikan; jika sudah, arkibkan dahulu.
6. Staf: DAFTAR AJK > masukkan ID dan PIN yang telah ditukar > SEMAK PROFIL > pilih program daripada dropdown > tarikh dan bilangan hari automatik > masukkan jawatan AJK > SIMPAN.
7. ANALITIK kini memaparkan senarai staf yang belum memegang AJK aktif. Program yang diarkibkan tidak dikira sebagai AJK aktif.
8. Program & Aktiviti memaparkan program yang belum ada lantikan sekali pun.
9. KAWALAN KESELAMATAN: PIN kptm123 adalah PIN sementara bersama; semua staf MESTI menukarnya sebelum mendaftar AJK. Pentadbir tidak boleh memadam staf/program yang mempunyai lantikan. Audit log merekod tindakan pentadbir.
10. Sila uji pada salinan database dan hosting sebelum penggunaan rasmi. Rekod lama mungkin memerlukan penyelarasan nama program/jabatan jika ejaan berbeza.
